Showing posts with label Q&A. Show all posts
Showing posts with label Q&A. Show all posts

Set Penyusuan Lengkap Shaklee

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,



SH harap agar anda semua diberkatiNya dan sihat selalu di samping keluarga tercinta.Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. Susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang & membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus . Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Baiklah, hari ini Sh nak membantu anda untuk memilih set penyusuan shaklee yang sesuai dengan anda dan juga budget anda. Ingin Sh nyatakan disini...senarai-senarai set penyusuan shaklee yang lengkap terdiri daripada

1.Set Penyusuan 3M (Breastfeeding Optimum a.k.a Make More Milk) Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, ibu yang nak mula menyimpan stok, ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Set SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)
Mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan
850g Energizing Soy Protein ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan
120 biji Ostematrix ------makan  4biji/hari ---> Tahan 1bulan

2.Set E. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Set E = Set B + Ostematrix. 
mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan
120 biji Ostematrix ------makan  4biji/hari ---> Tahan 1bulan


3. Set B. Siapa yang memerlukan set ini ? Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?  -Vitalea / Multivitamin dengan iron formula -Vitamin B kompleks -Vitamin C - Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

SET B
mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan

4. SET Eu-four- Pack Siapa yang memerlukan set ini ? Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk-sejuk badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Set Eu-four-Pack
mengandungi:
180biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120biji Vitalea @ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120 biji Ostematrix -----makan  4biji/hari ---> Tahan 1bulan

5.Set B + Energizing Soy Protein (ESP) Siapa yang memerlukan set ini ? Sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

SET B + ESP  
mengandungi:
180 biji Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --->Tahan 6bulan
120 biji B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
120 biji Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4bulan
330 biji Alfalfa ----------------makan 2-10biji/hari --->Tahan 1-5 bulan
850g Energizing Soy Protein ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan


Set Ibu Menyusu Shaklee - gabungan Nutrisi Lengkap..ikhtiar....Yakin...Doa..Istiqamah...InsyaAllah akan dipermudahkan...



Bonus... untuk dapatkan lebih banyak tips-tips penyusuan di sini [Klik]



Dan testimoni penyusuan ibu di sini [Klik]

Berminat nk cuba Set Ibu Menyusu Shaklee? 

Hubungi saya untuk set ibu menyusu yang sesuai dengan anda

Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..
**Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup), anda jimat sehingga 15-25%.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Susu Ibu adalah yang Terbaik.....




Jika ada ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah susu sikit...susu tak cukup...tolong positif...abaikan yang negatif...

Jangan mudah putus asa...jangan mengalah sebelum berjuang...selagi mampu teruskan usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu....

Konsep penyusuan sangat penting...kerap bf anak..pam ikut jadual...pastikan emosi sentiasa baik...jangan stress...amalkan pemakanan sihat...

Jika perlu makanan tambahan..amek je...Amalkan Makanan Sunnah ari2...
Boleh juga cuba Set Ibu Menyusu Shaklee [Klik] - gabungan Nutrisi Lengkap..ikhtiar....Yakin...Doa..Istiqamah...InsyaAllah akan dipermudahkan...



Bonus... dapatkan lebih banyak tips-tips penyusuan di sini [Klik]



Dan testimoni penyusuan ibu di sini [Klik]

Berminat nk cuba Set Ibu Menyusu Shaklee? 

Hubungi saya untuk set ibu menyusu yang sesuai dengan anda

Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

KERACUNAN MAKANAN


keracunan makanan

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan


Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.


Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?


Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.


Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :


Sentiasa menjaga kebersihan:
  • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain

Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
  • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untukpenyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang


Sentiasa masak dengan sempurna

  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut


Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul

  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku


Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih

  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput


Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar

  • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor


Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Ikut nasihat doktor
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.


credit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Berpuasa Semasa Hamil


Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda. 

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.

Kebanyakan pakar-pakar agama berpendapat yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Ramai bakal ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. 

Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian mengenai puasa semasa hamil?

Ada kajian yang menunjukkan tiada atau sedikit sahaja kesan pada bayi baru lahir apabila ibu mereka berpuasa semasa hamil. Ada juga kajian yang mecadangkan bayi mungkin boleh menghadapi masalah kesihatan di kemudian hari, atau puasa semasa hamil mungkin menjejaskan kepintaran atau keupayaan akademik anak.

Berikut adalah pengetahuan kami dari kajian-kajian yang telah dilakukan:
  • Skor Apgar bayi wanita yang berpuasa semasa hamil adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.
  • Puasa semasa hamil mungkin boleh menyebabkan menpunyai berat lahir yang rendah, terutama jika puasa itu berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada juga kajian lain yang menunjukkan perbezaan dalam berat badan itu adalah sangat kecil.
  • Bayi-bayi ibu yang puasa semasa hamil atau pada masa konsepsi mungkin membesar untuk menjadi sedikit lebih pendek atau lebih kurus. Sekali lagi, perbezaaan ini adalah sangat kecil.
  • Imbangan kimia dalam darah berubah bila anda berpuasa. Namun perubahan-perubahan tersebut nampaknya tidak membahayakan ibu dan bayi. 

Memang ada kebimbangan mengenai pertumbuhan bayi dalam kandungan semasa ibunya berpuasa, atau puasa itu dikaitkan dengan pelahiran pramatang. Ada kajian yang mencadangkan bayi akan dilahirkan awal sedikit jika ibunya berpuasa dalam bulan Ramadan, tetapi negara yang anda tinggal juga memainkan peranan.

Bagaimanakah saya boleh menangani puasa?

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Bayi memerlukan nutrien daripada anda, dan jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, kesan puasa pada bayi anda mungkin berkurang.

Bagaimana badan anda menghadapi puasa juga bergantung kepada:
  • peringkat kehamilan;
  • kesihatan am anda sebelum hamil;
  • berapa lama anda berpuasa dalam sehari.

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Menurut sesetengah kajian, tiga perempat wanita-wanita Islam yang hamil di seluruh dunia memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi puasa. 

Kebanyakan pemimpin Islam berkata yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Jangan abaikan kebenaran khas ini jika anda rasa kurang sihat, atau anda takut puasa akan memudaratkan anda atau bayi anda.

Hanya anda boleh menilaikan bagaimana sihat anda rasa, dan apa keputusan yang tepat bagi anda. Bincanglah dengan keluarga anda, bidan atau doktor, dan ustaz atau ustazah, untuk membantu anda menimbangkan pilihan anda.

Bagaimanakah saya boleh bersedia untuk berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Bincanglah dengan doktor anda, yang boleh memeriksa kesihatan anda dan bagi apa-apa komplikasi yang mungkin anda terdedah kepada kerana puasa, seperti kencing manis semasa hamil (diabetis gestasi) dan anemia. Anda mungkin perlu diperiksa dengan lebih kerap untuk memantau tahap gula dalam darah anda. Puasa tidak selamat jika anda mempunyai kencing manis dan hamil.
  • Jika anda biasa minum banyak minuman berkafein seperti kopi, teh dan cola, kurangkan jumlah yang diminum sebelum mula berpuasa untuk mencegah sakit kepala akibat "withdrawal". Anda tidak harus minum lebih daripada 200mg minuman berkafein dalam sehari semasa hamil, iaitu kira-kira dua cawan kopi segera. Ingat bahawa coklat dan teh hijau juga mengandungi kafein.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan, samada mengurangkan waktu kerja anda atau memberikan anda lebih masa untuk rehat semasa waktu bekerja.
  • Doktor, bidan atau pakar diet anda boleh menolong anda memantau keperluan diet anda.
  • Simpan dairi makanan, supaya anda tahu apa yang anda makan dan minum.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda secepat mungkin jika:
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan. Anda mungkin akan ditimbang apabila menghadiri temujanji pranatal anda, tetapi anda mungkin juga ingin mengesan berat badan dengan menimbang diri sendiri di rumah.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan, yang boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau jangkitan lain.
  • Anda pening kepala atau rasa sakit, atau demam.
  • Anda loya atau mula muntah.


Juga hubungi doktor dengan serta-merta jika:
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda seperti jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Anda rasa pening, pitam, lemah, keliru atau letih, walaupun anda telah berehat yang baik. Buka puasa dengan segera dan minum air yang mengandungi garam dan gula, atau satu jenis ubat rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan hubungi doktor.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.
  • Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.Tip-tip kesihatan semasa hamil dan berpuasa

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur. Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur, dan jika anda perlu, gunakan jam penggera anda jika anda perlu, supaya anda tidak terlepas sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Cuba minum kira-kira 1.5  hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan. 

Timbangkan satu percubaan puasa selama sehari atau lebih, lihat bagaimana keadaan, dan kemudian kembali ke doktor untuk pemeriksaan.

Perbezaan Set Ibu Menyusu Shaklee dan Milk Booster Lain

Antara soalan popular yang saya terima bila pelanggan bertanya
mengenai Set Ibu Menyusu Shaklee ialah "Apa beza Set Ibu Menyusu Shaklee dengan milk booster yang lain?"


Kalu dinilai daripada segi 'menggalakkan penghasilan susu' mungkin sama. Tetapi Set Ibu Menyusu Shaklee ni khasiatnya lebih daripada banyakkan susu ibu je. Ia bukan sekadar 'milk booster'. Jom tengok apakah khasiat Set Ibu Menyusu Shaklee ni..

Kelebihan Set Ibu Menyusu Shaklee

  • Memperbanyakkan susu ibu/Milk Booster
  • Menjadikan ibu lebih bertenaga
  • Mengurangkan tekanan/stress
  • Mengelakkan risiko postpartum/meroyan
  • Memperbaiki hubungan intim suami isteri
  • Mencantikkan kulit
  • Mengawal berat badan - Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Menjadikan wajah cantik berseri
  • Membantu mengurangkan masalah sakit-sakit badan


Sekarang anda dah nampak perbezaannya. Memang sangat banyak perbezaan Set Ibu Menyusu Shaklee dan 'MIlk Booster' lain kan? Macam langit dengan bumi bezanya... ^_^

Ramai jugak yang cakap, 'alah, kalau ambil Set Ibu Menyusu Shaklee pun kena jaga makan, jaga kesihatan, ikut konsep 'demand & supply..so, kalau tak ambil pun sama je.

Betul la tu! Kalau anda boleh dapatkan kesemua nutrisi yang diperlukan daripada makanan, jaga kesihatan dan ikut konsep 'demand & supply, memang tak perlu ambil pun apa-apa supplement Shaklee ni.

Tapi masalahnya ramai ibu yang terlalu sibuk sampaikan makan ala kadar sahaja dan tak ikut seperti yang disarankan dalam piramid makanan. Manakala bagi ibu yang memang menitikberatkan pemakanan pula tak sedar yang kebanyakkan nutrisi makanan yang dimakannya telah termusnah semasa proses memasak/penyediaan lagi.

So, nampak tak kenapa anda perlukan supplement Shaklee ni?

Jadi anda perlu faham cara tubuh anda berfungsi. Nutrisi lengkap --> Ibu hasilkan susu yang berkhasiat --> Susu ibu banyak. Kalau nutrisi pun kurang macam mana anda nak sihat dan tubuh anda nak hasilkan susu yang banyak dan berkualiti/optimum?

So, kalau secara tiba-tiba susu anda merundum cuba check balik apa yang anda makan. Mungkin itu tandanya tubuh anda tak cukup nutrisi. Kalau dah dapat signal tu jangan pulak anda abaikan ye sebab ia boleh menjejaskan tahap kesihatan anda di masa akan datang... ^_^

Berminat nk cuba Set Ibu Menyusu Shaklee? 

Bonus... dapatkan lebih banyak tips-tips penyusuan di sini [Klik]
Dan testimoni penyusuan ibu di sini [Klik]


Hubungi saya untuk set ibu menyusu yang sesuai dengan anda

Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

TEKNIK TEPUK BANTU MASALAH BAYI BERKAHAK

[SOALAN]

Salam sejahtera anak sy baru sja berusia 26 hari,anak sy berkahak,hidung sumbat pasal kahak tu..apa ptt sy bt? Nie anak 1st sy..hide nama sy..tq.




BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.


Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.


Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis ataubronkospasm.


"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakanpercussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber: Utusan Malaysia
Supplement Hut. Powered by Blogger.