Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
- Rasa loya
 - Cirit-birit
 - Muntah-muntah
 - Sakit perut
 - Berpeluh/demam
 - Sakit kepala
 - Keletihan
 
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :
- Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4jam).
 - Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
 - Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
 - Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
 - Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
 - Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
 - Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.
 
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :
- Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
 - Basuh tangan selepas keluar dari tandas
 - Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
 - Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain
 
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
 - Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untukpenyediaan makanan yang belum dimasak
 - Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
 
Sentiasa masak dengan sempurna
- Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
 
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
 - Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku
 
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
 - Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
 - Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
 - Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
 
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
- Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
 
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
- Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
 - Ikut nasihat doktor
 - Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
 - Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
 - Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
 
credit : Kementerian Kesihatan Malaysia



0 comments:
Post a Comment