Showing posts with label TAHUKAH ANDA!. Show all posts
Showing posts with label TAHUKAH ANDA!. Show all posts

:: 16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI ::




1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

KERACUNAN MAKANAN


keracunan makanan

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan


Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.


Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?


Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.


Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :


Sentiasa menjaga kebersihan:
  • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain

Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
  • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untukpenyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang


Sentiasa masak dengan sempurna

  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut


Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul

  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku


Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih

  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput


Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar

  • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor


Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Ikut nasihat doktor
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.


credit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Berpuasa Semasa Hamil


Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda. 

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.

Kebanyakan pakar-pakar agama berpendapat yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Ramai bakal ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. 

Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian mengenai puasa semasa hamil?

Ada kajian yang menunjukkan tiada atau sedikit sahaja kesan pada bayi baru lahir apabila ibu mereka berpuasa semasa hamil. Ada juga kajian yang mecadangkan bayi mungkin boleh menghadapi masalah kesihatan di kemudian hari, atau puasa semasa hamil mungkin menjejaskan kepintaran atau keupayaan akademik anak.

Berikut adalah pengetahuan kami dari kajian-kajian yang telah dilakukan:
  • Skor Apgar bayi wanita yang berpuasa semasa hamil adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.
  • Puasa semasa hamil mungkin boleh menyebabkan menpunyai berat lahir yang rendah, terutama jika puasa itu berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada juga kajian lain yang menunjukkan perbezaan dalam berat badan itu adalah sangat kecil.
  • Bayi-bayi ibu yang puasa semasa hamil atau pada masa konsepsi mungkin membesar untuk menjadi sedikit lebih pendek atau lebih kurus. Sekali lagi, perbezaaan ini adalah sangat kecil.
  • Imbangan kimia dalam darah berubah bila anda berpuasa. Namun perubahan-perubahan tersebut nampaknya tidak membahayakan ibu dan bayi. 

Memang ada kebimbangan mengenai pertumbuhan bayi dalam kandungan semasa ibunya berpuasa, atau puasa itu dikaitkan dengan pelahiran pramatang. Ada kajian yang mencadangkan bayi akan dilahirkan awal sedikit jika ibunya berpuasa dalam bulan Ramadan, tetapi negara yang anda tinggal juga memainkan peranan.

Bagaimanakah saya boleh menangani puasa?

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Bayi memerlukan nutrien daripada anda, dan jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, kesan puasa pada bayi anda mungkin berkurang.

Bagaimana badan anda menghadapi puasa juga bergantung kepada:
  • peringkat kehamilan;
  • kesihatan am anda sebelum hamil;
  • berapa lama anda berpuasa dalam sehari.

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Menurut sesetengah kajian, tiga perempat wanita-wanita Islam yang hamil di seluruh dunia memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi puasa. 

Kebanyakan pemimpin Islam berkata yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Jangan abaikan kebenaran khas ini jika anda rasa kurang sihat, atau anda takut puasa akan memudaratkan anda atau bayi anda.

Hanya anda boleh menilaikan bagaimana sihat anda rasa, dan apa keputusan yang tepat bagi anda. Bincanglah dengan keluarga anda, bidan atau doktor, dan ustaz atau ustazah, untuk membantu anda menimbangkan pilihan anda.

Bagaimanakah saya boleh bersedia untuk berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Bincanglah dengan doktor anda, yang boleh memeriksa kesihatan anda dan bagi apa-apa komplikasi yang mungkin anda terdedah kepada kerana puasa, seperti kencing manis semasa hamil (diabetis gestasi) dan anemia. Anda mungkin perlu diperiksa dengan lebih kerap untuk memantau tahap gula dalam darah anda. Puasa tidak selamat jika anda mempunyai kencing manis dan hamil.
  • Jika anda biasa minum banyak minuman berkafein seperti kopi, teh dan cola, kurangkan jumlah yang diminum sebelum mula berpuasa untuk mencegah sakit kepala akibat "withdrawal". Anda tidak harus minum lebih daripada 200mg minuman berkafein dalam sehari semasa hamil, iaitu kira-kira dua cawan kopi segera. Ingat bahawa coklat dan teh hijau juga mengandungi kafein.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan, samada mengurangkan waktu kerja anda atau memberikan anda lebih masa untuk rehat semasa waktu bekerja.
  • Doktor, bidan atau pakar diet anda boleh menolong anda memantau keperluan diet anda.
  • Simpan dairi makanan, supaya anda tahu apa yang anda makan dan minum.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda secepat mungkin jika:
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan. Anda mungkin akan ditimbang apabila menghadiri temujanji pranatal anda, tetapi anda mungkin juga ingin mengesan berat badan dengan menimbang diri sendiri di rumah.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan, yang boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau jangkitan lain.
  • Anda pening kepala atau rasa sakit, atau demam.
  • Anda loya atau mula muntah.


Juga hubungi doktor dengan serta-merta jika:
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda seperti jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Anda rasa pening, pitam, lemah, keliru atau letih, walaupun anda telah berehat yang baik. Buka puasa dengan segera dan minum air yang mengandungi garam dan gula, atau satu jenis ubat rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan hubungi doktor.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.
  • Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.Tip-tip kesihatan semasa hamil dan berpuasa

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur. Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur, dan jika anda perlu, gunakan jam penggera anda jika anda perlu, supaya anda tidak terlepas sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Cuba minum kira-kira 1.5  hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan. 

Timbangkan satu percubaan puasa selama sehari atau lebih, lihat bagaimana keadaan, dan kemudian kembali ke doktor untuk pemeriksaan.

{TESTIMONIAL} Pesakit SLE baik dengan VIVIX


saLam~

Hari ini ada  satu cerita yang ingin dikongsikan bersama.  Seorang pesakit yang mengidap SLE dengan izinNYA telah bertambah baik dengan penggunaan VIVIX Shaklee. Sebelum itu, kita fahami apa itu SLE?

Apa itu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?
LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob.
Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman.
Sebab yang tepat bagi menjelaskan mengapa masalah auto imun tidak normal boleh menyebabkan lupus masih tidak diketahui. Faktor seperti diwarisi secara genetik, virus, sinar ultra ungu dan ubatan tertentu adalah kebarangkalian yang ada memainkan peranan.
Perunding Perubatan dan Rheumatologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Dr Kuan Woon Pang, berkata faktor genetik meningkatkan kemungkinan akan terhasilnya penyakit auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan gangguan auto imun thyroid adalah paling biasa dialami dikalangan mereka yang punya pertalian dengan pesakit lupus namun dalam kes tertentu ia tiada kena mengena dengan sejarah keluarga.
“Lupus boleh dihidapi lelaki dan wanita. Bagaimanapun 90 peratus penghidap lupus adalah wanita yang mana lazimnya dihidapi pesakit berusia antara 10 hingga 50 tahun terutama mereka yang berketurunan Afrika-Amerika dan juga Asia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Gejala penyakit ini berbeza-beza dan meluas serta boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh. Pada otot skeletal ia menjejaskan sendi dan menyebabkan sakit sendi yang ringan hinggalah kepada serius. Lupus juga boleh menyebabkan athritis pada tangan. Kulit pula boleh terjejas oleh ruam, jangkitan kulit dan bintil lebam yang menyakitkan.
Buah pinggang menghasilkan deposit protin dan boleh menyebabkan kegagalan renal, dan pesakit memerlukan dialisis. Sistem saraf boleh menyebabkan disfungsi mental, sawan, psikosis dan sakit kepala yang teruk. Darah beku boleh terbentuk begitu juga pulmonari embolism. Jantung pula boleh menyebabkan sakit dada, endocraditis, dan myocarditis. Gejala pada jantung berkemungkinan ada kaitan dengan dengan kesan yang diberikan Lupus pada darah, akibat pembekuan yang boleh berlaku.
Sesak nafas begitu juga pleurisy boleh terjadi di dalam paru-paru akibat Lupus.
Ada dua jenis lupus – pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
Bagi pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.
Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.
“Bentuk rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.
Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu.
INFO
  • Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
  • Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. 
  • Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
  • Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.
************************************
Dan ini ceritanya..
OK berbalik pada cerita kawan saya.. Nama samaran kawan saya adalah Peen. Katanya jangan masukkan nama nanti jadi femez pulak he he he…..
Peen adalah seorang wanita, umur : belum sampai 30 tahun.. Mempunyai 2 orang cahaya mata. Pada tahun 2007, Peen telah didiagnos mempunyai penyakit SLE. Masa tu umur adalah 20an. Kata Peen semua simptom SLE telah dirasai olehnya.. Ini termasuknya Sakit2 badan, bengkak sendi, muka jadi merah, rambut gugur, ulser mulut, kadang-kadang tekanan darah pandai menjadi tinggi…. Semasa melahirkan anak pertama, Peen hampir kena sawan sehingga terpaksa dibedah. Baby Peen dilahirkan sebagai baby pramatang 7 bulan. Selepas dilahirkan Baby Peen mempunyai masalah dan berada dalam keadaan tidak selamat kerana terdapat jangkitan kuman..
Pregnancy kedua nampak ok, sebab dikatakan, SLE ni tidak aktif semasa pregnant. Tetapi lepas bersalin terus menjadi aktif semula. Sehingga didapati urin Peen terlalu banyak protin. Ini memyebabkan Peen menjalani biopsi untuk memeriksa kesihatan buah pinggangnya. Betapa sedihnya didapati buah pinggangnya semakin rosak.
Pada masa Peen ketemui saya di Facebook (terima kasih Tuhan dan kakak ipar Peen), keadaan Peen agak terkawal. Cuma kena makan banyak ubat termasuklah ubat yang mengandungi Steroid sebanyak 8 biji. Pemakanan Peen juga senantiasa perlu dijaga. Peen sebenarnya cari saya untuk masalah buah pinggangnya kerana beliau berpendapat tidak ada apa yang dapat membantu dalam masalah SLEnya…
Saya telah memberikan senarai panjang pada Peen berkenaan supplement yang sesuai untuk penyakit SLE ini. Tapi hanya satu yang dipilih, VIVIX.. sebab senang nak minum.. kalau pil, tak sanggup Peen nak telan sebab ubatnya sendiri pun banyak nak telan…
Peen mula minum vivix ni pada pertengahan bulan Jun 2012.. Selepas 3 minggu ini kata Peen….
Hi jg sis julie..so far skg sy rsa ok dr dulu.klu mcm sbl mkn viviks bila bgun pg2 skt ja kepala.tp skg x sdh.cm ringan n bebas ja badan sy.x skt2 sendi lg.
Maksudnya, sebelum makan vivix, bangun pagi mesti sakit kepala. Sekarang sudah tidak ada lagi. Terasa badan ringan dan bebas. Sakit-sakit sendi pun sudah tiada lagi…
Tersangat bersyukurlah saya bila membaca kata-kata Peen itu.. Bukan setakat kerana produk saya jual ni bagus tapi sebenarnya lebih kepada kesyukuran sakit Peen telah berkurang… Sebab saya tak sanggup nak bayangkan apa yang telah dilalui oleh Peen… Namun pada masa ini, ubat steroid 8 biji masih perlu dimakan. Kesian Peen kerana steroid, badan mula naik dan jadi gemuk. Kadan-kadang Peen terasa apabila orang bertanya kenapa di makin gemuk… Manalah orang tahu akan keperitan yang sedang dilalui oleh Peen.
Peen teruskan penggambilan vivix.. dan pada 25 September, ini yang Peen mesej kat saya…
Hy sis..sy ok jg..by th wy dktr ckp sy pya lupus mulai reda.yg bestny steroid tgl mkn 2biji ja skg.n skg masih treatmnt buah pinggang.mkn 1jnis ubt.so far prkmbangan yg baik la..hehe..
Maksud ni pula…. Doktor telah mengesahkan penyakit SLE Peen telah mula reda.. Yang besynya ubat steroid tu dah dikurangkan kepada 2 biji sehari sahaja… Sekarang masih lagi menjalani treatment untuk buah pinggang, dimana perlu makan 1 jenis ubat sahaja. Setakat ni perkembangan adalah baik….
Syukur Tuhan… Itulah testimoni Peen yang buat saya sendiri terharu.. Kita doakanlah agar kesihatan Peen terus bertambah baik ya….


OFFER BULAN JULY SAHAJA!
BUY 6 VIVIX, GET 1 FREE!
OR
 GET FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE
TERHAD DI BULAN JULY 2014 SAHAJA YA..

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

Baca lagi tetimoni di sini --> [Klik]


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

{SUNNAH} Sebaik-baik sahur

Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. 

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur.. 




Manfaat Vita E Complex



Klik  gambar untuk lebih informasi

{VITA-E COMPLEX!}

✒ Melindungi jantung dan meningkatkan kesihatan jantung 
✅ Pengambilan harian 800iu Vitamin E untuk jantung yang sihat; Melindugi sel darah merah untuk mengelakkan pengasingan lipid, meningkatkan
 kolestrol baik HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah daripada melekat ke dinding arteri serta menghalang anemia hemolitik, penyakit jangtung dan lain-lain.

✒ Mampu meningkatkan kemampuan reproduktif
✅ Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600iu - 800iu Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

✒ Anti penuaan
✅ 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. iannya mampu memulihkan tekstur kulit dan juga tona kulit muka, dada dan peha.

✒ Anti-oksidan yang kuat
✅ Pengambilan lebih dari 1200iu sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

✒ Kelestarian tenaga
✅ Membantu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

✒ Memperbaiki arthritis
✅ Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikoks dan sakit sendi.

✒ Menghalang Keguguran
✅ Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, mengurangkan sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush, membantu mengurangkan risiko kematian janin dan juga keguguran.

✒ Memperbaiki parut
✅ Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Juga boleh disapukan terus ke parut untuk mengurangkan kesan parut.
Kebaikan kesihatan grape seed extract


Shaklee Vita-E telah di tambah baik dengan penambahan EKSTRAK BIJI ANGGUR! Apa kebaikannya?

✒ Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol

✒ Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul

✒ Melambatkan penuaan.

✒ Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini jugamembantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.




Nak dapatkan semua manfaat vita E ni? Jadi..apa tunggu lagi..grab it while it last..promo vita E untuk bulan ni shj... yang nak mencuba vitamin ni, boleh hubungi saya di: 

Call / Whatsapp: 017 2894047Email: el.nasgurl@gmail.comAdd Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan sayaKlik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMAKonsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.. 

Baca lagi tetimoni di sini --> [Klik]


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

JENNIFER LOPEZ PENGAMAL VITAMIN E SHAKLEE

VITAMIN E SHAKLEE

Tahukah anda kebaikan Vitamin E Shaklee? antaranya:
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut dan jerawat 
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda 
  • Mencegah pembentukan parut hodoh (tebal) dari luaran tubuh (apabila disapu terus pada kulit - ia juga boleh diserap masuk melalui kulit), dan juga dari dalam badan. 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka yang disebabkan oleh terkena benda panas/ terbakar.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot 
  • Meningkatkan kesuburan 
  • Menyelesaikan masalah kelesuan 
  • Meningkatkan keinginan seksual suami isteri 
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat 
  • Merendahkan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung/strok
  • Membantu mencegah kanser. 
  • Merendahkan risiko katarak. 





Kebaikan vitamin E Shaklee ni lebih luabiasa berbanding Vitamin E jenama lain kerana ia merupakan sumber semulajadi. Lihat pada botolnya, tertulis d-alpha tocopherol, di mana tanda "d" bermakna ianya semulajadiVitamin E sintetik/buatan akan mempunyai tanda "dl"Vitamin semulajadi mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik iaitu 2 kali ganda berbanding Vitamin E buatan. Tambahan lagi, pengambilan vitamin sintetik bakal memberi kesan jangka panjang yang tak diigini ke atas tubuh badan kita.

Jennifer Lopez juga salah seorang pengamal Vitamin E Shaklee tau *smilee*




Jadi..apa tunggu lagi...



OFFER BULAN JUNE SAHAJA!
BUY 6 VITA-E, GET 1 FREE!
OR
 GET FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE
TERHAD DI BULAN JUNE 2014 SAHAJA YA..

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

Baca lagi tetimoni di sini --> [Klik]


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

{Perbezaan Shaklee} : Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

✐ Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

✐ Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)


Supplement Hut. Powered by Blogger.