Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

{TESTIMONIAL} Set Menyusu dan Set Hamil

saLam~


Saya ingin kongsikan 2 testimonial berkenaan penggunaan set hamil dan set menyusu yang amat berkesan. Jom baca kisah mereka :)


#TESTIMONIAL 1
Pengalaman Puan Hasimah Mamat yang telah jatuh cinta dengan Shaklee sejak menyusukan anak pertama dan mengandungkan anak keduanya.

"MACAM MANA BOLEH JATUH CINTAN NGAN SHAKLEE :-)

Tergerak di hati nak tanyer my Best Fren, (Neslo Beng Wardah) macam mana nak pekatkan susu :-) Masa tu, saya tak ada masalah sangat dengan pengeluaran susu. Alhamdulillah :-)

Then, Pn Neslo Beng Wardah pun bagi cadangan Set B (Set Penyusuan) iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.

Alhamdulillah, bila pump, layer yang terbentuk memang Fantasticccc :-)…sangat suka bila letak dalam Fridge….Lama lepas tu, Pn Neslo Beng Wardah suggestkan Osteomatrix pulak, bukan sajer sebagai sumber Kalsium, malah ia juga boleh meriahkan lagi rezeki susu Husna :-)

Pengambilan Vitamin Shaklee bukan hanya untuk Ummi Husna sorang, malah Abi Husna pun turut sama menikmati dan merasai kebaikan serta kelebihan Shaklee.

Setelah umur Husna 1 tahun 10 bulan, BF dihentikan sbb Husna akan mendapat ‘adik’…Alhamdulillah 

Awal kehamilan, alahan teruk menyebabkan Hb terus drop 10.5…masa buka buku merah terus dapat sticker …Dengan x semena2, terus call Pn Neslo Beng Wardah…huhuuuuu..Mcm mana deyyy, Hb aku dh drop, padahal sblm pregnant, HB sangat normal …..Apa yang dicadangkan adalah Set J1 (utk trimester 1) dan Set J2 untuk trimester 2&3…Tanpa buang masa, terus jer oder…dan Alhamdulillah…Hb dah naik 11.0 walaupun alahan masih lagi teruk….Bila masuk Trimester 2, mula tambahkan Omega dan ESP….Alhamdulillah, latest Hb adalah 11.8 iaitu pada kandungan berumur 20/52…ngam2 masuk 5 bulan, dan Alhamdulillah, alahan pun berlalu pergi :-)"



#TESTIMONIAL 2
Pengalaman Puan Peaceza Cullen yang mengamalkan Shaklee sejak mengandung sehingga melahirkan dan menyusukan bayinya.

"Saya mula ambil Vitalea, Alfafa, dan B Complex sejak pregnant 6 bulan. 

Mula-mula saya just ambil 3x seminggu. Breast saya mula menghasilkan susu. Mula-mula takut juga. Tapi bila cerita kat nurse, dia kata ok je tu. Dia suruh terus ambil produk Shaklee. 

Bila dah bersalin, Alhamdulillah, Susu makin byk. Melimpah ruah rezeki anak, Nia Zara. Saya sangat-sangat enjoy breastfeed. 

Sebulan berpantang, saya ambil ESP. Bertambah-tambah mewah susu. Suka sangat. Susu bertambah pekat. Sehari sy boleh pam 4x (tak termasuk direct). Setiap kali pam, mesti dapat dlm 7-9 oz. Alhamdulillah rezeki Zara. 

Saya suka bancuh ESP dengan freshmlik + madu. Kadang-kadang blend kurma sekali. Memang best la. Sekarang dah jadi minuman kegemaran. Kalau kat office, saya bancuh dgn Horlicks or Milo je. Apapun bancuhannya, memang best. 

Selain susu, badan saya pun rasa best je. Parut-parut masa pregnant dah hilang. Alhamdulillah. Masa pregnant dulu, perut saya cuma ada 1 line je. Walaupun 1 line, tapi gelap sangat. Ketiak pun gelap. Tapi lepas amalkan ESP, tanda-tanda tu dh hilang. Kalau dulu selalu kena tegur ngn husband sebab gelap. Sekarang tak lagi. Hikhikhik. Best. Lumayan sungguh hasilnya. Modal sikit je tp hasilnya, boleh senyum lebar. Hikhik. 

Sekarang sy ambil juga Herb-Lax, Lecithin. Sebelum ni saya sukar buang air besar. Sebelum dan selepas pregnant memang sengsara nak membuang. Tapi lepas ambil Herb-lax, Alfafa, Lecithin, smooth je. Takde dah cerekarama. Huhuhu. Syukur kerana saya diperkenalkan dgn Shaklee.

Terima kasih kepada Ajuya Rashid dan Atyni Amoy yg recommend Shaklee kepada saya."

Credit : Sihat Comel Ceria



Hubungi saya untuk ketahui lebih lanjut:-
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SET KURUS SHAKLEE: Selamat & Berkesan

Assalamualaikum semua... 
Selain dari Set-set Breastfeeding, Kecantikan, Bersalin, kami juga menyediakan Set Kurus Shaklee atau Set Slimming yang terdiri daripada set mekanisme 3B (buang, bakar,bina). Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 konsep utama – BUANG, BAKAR, BINA. Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?
Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam. Dan sesiapa yang nak kuruskan badan harus faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu lah yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!
1. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB-LAX
Fungsi: Membuang lemak, toksin dalam badan

2. BAKAR
Produk: LECITHIN/OMEGA GUARD
Fungsi: Bertindak sebagai pemecah lemak dan pembakar lemak dan kolestrol


3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: Bina otot, elak kulit menggelebeh

LANGKAH PERTAMA: DETOX
Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum
Produk pilihan untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.
LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak atau secara ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tapi diperlukan oleh badan.
LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik dan mengelakkan – mudah turun mudah naik. Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih sama ada Cinch Shake Mix atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake Mix ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).
Walau apa jua supplement yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak, rajin bersenam dan banyakkan minum air – sekurang-kurangnya 3L sehari.
Pilihlah produk anda. Ramai dah merasai sendiri perubahan yang ketara dengan menggunakan Set Kurus Shaklee. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!
Yang bestnya Set Kurus Shaklee ni pon selamat utk ibu-ibu menyusu tau!! baca testimoni di sini [Klik]

Hubungi saya untuk set kurus dan set diet yang sesuai dengan anda.
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Set Breastfeeding (Set B)


Breastfeeding Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak. Saya sendiri menggunakan set ini dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1oz meningkat ke 4oz selepas mengambil set ini selama seminggu. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS, berat badan saya juga maintain seperti sebelum melahirkan dalam masa sebulan pengambilan!



Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya? Jom kita tengok..



1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, menigkatkan pembentukan sel darah merah dan menigkatkan penghasilan susu. Ia membantu menigkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru, vitamin ini bertindak sebagai penenang dan menigkatkan fokus. B Complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty

2) Vitamin C

Membantu menigkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Alfalfa

Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikaan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara ekskusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Namun harus diingatkan, konsep utama penyususan ialah SUPPLY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungking (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan  berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L (liter) bagi menjayakan proses penyusuan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air, mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita. Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyususan kita berjalan lancar.

Hubungi saya untuk set ibu menyusu yang sesuai dengan anda.

Bonus... dapatkan lebih banyak tips-tips penyusuan di sini [Klik]
Dan testimoni penyusuan ibu di sini [Klik]
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan  
Supplement Hut. Powered by Blogger.