Bila dah nak start naik kerja, mula lah ibu-ibu dalam pantang ligat fikir cemana nak atasi masalah bayi tidak mahu susu botol. Bukan senang nak bagi bayi susu botol bila dah terbiasa menyusu direct.
Tapi jangan salah faham pulak, bukan nak kata kena kenalkan botol kepada bayi seawal baru lahir. Itu totally salah! Biasa kalau buat camtu, nanti bayi akan mengalami nipple confusion. Nipple confusion akan menyebabkan bayi tak nak direct feeding, dan ini menjurus kepada susu yang merudum sebab – bayi adalah perangsang susu yang terbaik, bila bayi menolak direct feeding, susu susah untuk stimulated.
Dan ini juga lead kepada ibu sedih dan beremosi sebab ya saya sendiri faham, bila anak tak mahu menyusu direct dengan kita, memang sedih tak terkata. Dan bila emosi ibu terganggu, susu boleh merudum. Jadi bila waktu terbaik kenalkan botol?
Waktu terbaik kenalkan botol susu adalah dalam 2 minggu sebelum ibu mula masuk kerja. Boleh lah experiment berapa oz nak hantar kepada pengasuh, dry-run nak prepare barang pagi- pagi untuk keperluan bayi di rumah pengasuh, etc.
Ada 3 tips yang ingin saya kongsikan mengenai kenalkan bayi kepada botol susu, moga bermanfaat untuk semua :)
1. Minta bantuan orang lain untuk beri botol susu
Bayi mempunyai deria bau yang sangat kuat. Kalau ibu ada berdekatan, dia tahu ibu dia. Biasanya bayi tak mahu menyusu botol jika ibu berdekatan, atau jika ibu yang suakan botol susu. Ye lah, dah ada ibu, boleh direct feeding fresh from the farm ; buat apa nak minum dari botol kan? Ini pandangan hati si bayi lah. Jadi solusinya, minta bantuan suami atau pengasuh untuk susukan bayi menggunakan botol.
In extreme case, ibu perlu keluar dari rumah buat sementara waktu agar bayi betul-betul merasakan ibu tiada berdekatan. Bau kita ni kuat tau.
2. Mulakan dengan perahan susu segar (Fresh EBM)
Perahan susu segar (Fresh EBM) dan perahan susu beku (Frozen EBM) ada banyak beza dari segi bau dan rasa. Terdapat sesetengah bayi yang tak boleh tolerate Frozen EBM. Jadi mulakan dahulu dengan perahan susu segar supaya bayi rasa familiar dengan tekstur susu, bau dan rasa. Bila bayi boleh tolerate minum Fresh EBM menggunakan botol susu, boleh beri Frozen EBM pulak
3. Alternatif kepada botol susu
Sesetengah bayi memang tidak gemar dengan botol susu. Ada pula jenis bayi yang cenderung mengalami nipple confusion jika dikenalkan kepada botol susu. Nipple confusion akan membuatkan bayi menolak untuk direct feeding dengan ibu. Sebagai alternatif, ibu boleh perkenalkan:
* cup feeding (beri susu menggunakan cawan kecil)
* spoon feeding (beri susu menggunakan sudu, atau ada dijual botol bersudu. Sudu menggantikan puting)
* syringe feeding (beri susu menggunakan picagari)
0 comments:
Post a Comment