Showing posts with label Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Kencing Manis. Show all posts

Hipoglisemia? Kurang Gula? - Dr. Nur Hidayati

Apakah itu hipoglisemia?


Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).



Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.

Apakah tanda-tandanya?
  1. Jantung rasa berdebar-debar
  2. Kepenatan
  3. Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  4. Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  5. Berpeluh
  6. Rasa menggigil
  7. Sakit kepala
  8. Kulit menjadi pucat dan sejuk
  9. Pertuturan menjadi tidak jelas
  10. Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan

Jika anda menunjukkan mana-mana tanda yang disebut di atas, sila periksa aras gula dalam darah anda menggunakan mesin glukometer.

Jika anda sering mengalami kejadian hipoglisemia, anda perlu merujuk kepada doktor anda untuk mengubah dos ubatan anda

Mengapa hipoglisemia terjadi?
Ada banyak sebab hipoglisemia boleh terjadi. Untuk memahami bagaimana hipoglisemia terjadi, kita perlu memahami bagaimana badan kita mengawal kadar gula dalam badan. Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga untuk berfungsi dengan baik. Dalam badan individu yang normal, badan kita menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula ini akan diserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan.

Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.

Apabila kita berpuasa atau tidak makan dalam jangka masa yang lama, aras gula dalam darah menurun. Apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum.

Dalam individu menghidap kencing manis, ini tidak berlaku. Kelenjar pakreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal. Akibat kencing manis juga, sel badan mereka menjadi kebal terhadap hormon insulin menyebabkan sel badan tidak dapat menggunakan gula dalam darah apabila ia memerlukannya.

Atas sebab ini, pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia.

Bagi individu yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, mengalami kegagalan buah pinggang, apabila menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin secara tidak sengaja, tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa dan sebagainya.

Bagaimana mengelakkan hipoglisemia dari terjadi?
Kita boleh mengelakkan hipoglisemia dari terjadi dengan memantau dan mencatat aras gula harian kita dengan mesin glukometer. Rekod ini dipanggil sebagai SMBG (Self Monitoring Blood Glucose). Catatan aras gula ini perlu disimpan dan di tunjukkan kepada pihak dotor apabila pesakit mendapatkan rawatan susulan.

Dengan rekod aras gula dalam darah harian, doktor mampu menetapkan dos ubat kencing manis yang betul untuk mereka. Dos ubatan kencing manis tidak sama untuk semua individu. Malah, dos ubatan kencing manis untuk seorang pesakit berubah mengikut masa, keadaan buah pinggang dan tahap umur pesakit itu. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan yang kerap secara tetap supaya dos ubatan dapat disesuaikan dengan aras gula dalam badan.

Seorang pesakit kencing manis dengan nasihat dan bimbingan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet mampu untuk mengawal aras gula mereka sendiri.

Perkara yang perlu dilakukan jika hipoglisemia terjadi
Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas. Gula glukos yang boleh digunakan antaranya:
  1. Tablet glukos
  2. Pil atau gel gula
  3. 2 sudu kismis/ sebiji kurma
  4. 1/2 cawan jus
  5. 1 sudu gula atau madu
  6. Gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat
15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.  Apabila aras gula menjadi normal,  sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan. Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal. Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Jika anda atau ahli keluarga anda sering mengalami kejadian hipoglisemia yang serius hingga tidak sedarkan diri, anda juga boleh berbincang dengan doktor anda jika anda perlu menyimpan ubatan glukagon di rumah untuk digunakan semasa kejadian hipoglisemia yang serius. Ini kerana jika tidak dirawat dengan pantas, keadaan hipoglisemia ini boleh memberi kesan buruk terhadap otak hingga boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak atau jarang sekali, kematian.

Suntikan glukagon boleh digunakan oleh ahli keluarga atau individu terdekat dengan pesakit apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar diri akibat aras gula yang rendah. Ini kerana apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar, mereka tidak boleh menelan air gula atau menghisap gula-gula kerana risiko tercekik. Dalam keadaan ini, ahli keluarga atau individu terdekat boleh memberi suntikan glukagon pada punggung, peha atau lengan pesakit (seperti yang tertera dalam panduan ubatan oleh pengeluar). Apabila pesakit sedar, mereka mungkin akan merasa loya. Dinasihatkan selepas pesakit sedar, sila bawa pesakit ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Nur Hidayati, seorang doktor perubatan dalaman yang bertugas di sebuah hospital di Selangor. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi



CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.

CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.


Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.


Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain

Sumber: University of Maryland Medical Center

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.








Hubungi saya untuk set kesihatan yang sesuai dengan anda.
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis

Vivix, satu-satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu penyakit kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika anda atau ibu bapa anda menghidap penyakit 3 serangkai ini, jangan bimbang, vivix boleh membantu. Cuma kali ni saya nak berkongsi bagaimana Vivix membantu merawat pesakit kencing manis.
Bagaimana Vivix membantu merawat pesakit kencing manis? Berikut ialah beberapa tindakkan vivix membantu pesakit kencing manis:
  • Vivix membantu membaikpulih sel-sel dalam badan yang telah rosak. Setiap hari sejuta serangan berlaku merosakkan sel DNA manusia. Disebabkan Vivix satu-satunya suplemen yang mampu menembusi DNA manusia, jadi Vivix bertindak membaiki dan melindungi sel-sel DNA manusia dengan efisien
  • Ramuan vivix mampu meningkat pembentukkan mitokondria, dan seterusnya menggalakkan peningkatan tenaga di dalam sel
  • Vivix membantu melambatkan kerosakkan sel dalam badan manusia
  • Vivix juga membantu melambatkan penuaan sel, dan merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia
Berikut ialah testimoni pesakit kencing manis yang telah sembuh dengan penggunaan Vivix:

Testimoni 1: Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis

Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis


Testimoni 2: Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis

Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis


Testimoni 3: Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis


Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis

Alhamdulillah.. Vivix membantu merawat pesakit kencing manis dengan berkesan. Ramai dah merasai kesan baiknya. Ada yang bagitau Vivix ni mahal, tapi pada saya, dari berhabis setiap bulan dengan ubat hospital dan ubat-ubat lain, dan dari menanggung kesakitan, baiklah ambil suplemen untuk kesihatan supaya anda atau ibu bapa anda cepat sihat..

Bukankah "HARGA SEBUAH KESIHATAN JAUH LEBIH MAHAL?"

Justeru, pada yang menghidapi masalah kencing manis atau penyakit jantung, darah tinggi, stroke dan pelbagai lagi, ambillah vivix. InsyaAllah membantu. Jika anda mahu melihat testimoni pesakit darah tinggi yang telah menggunakan vivix, sila klik DI SINI ya.

OFFER BULAN NOVEMBER SAHAJA!
BUY 6 VIVIX, GET 1 FREE!
OR
BUY 2 VIVIX, GET FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE
TERHAD DI BULAN NOVEMBER 2013 SAHAJA YA..

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Vivix Shaklee


Vivix Shaklee merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Ia dicipta selepas pendidikan bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan suplemen pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 
Mengapa Vivix Sangat Bagus dan Terbaik Untuk Anda?
1) Kerana Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia 
  • Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang mampu merosakkan DNA manusia. Serangan ini akan merosakkan pengkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dilindungi dan diperbaiki selnya.
2) Kerana Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel
3) Kerana Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel
  • Tenaga dalam tubuh ditingkatkan dengan pembentukkan mitokondria baru. (mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh).
4) Kerana Vivix melambatkan pembentukan AGE.
  • Penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine), mampu melambatkan pembentukkan AGE.
Kelebihan lain Vivix ialah ia membantu memelihara dan menjaga:
    ✔Kesihatan Jantung
    ✔ Kesihatan Otak
    ✔ Imunisasi Badan
    ✔Kesihatan Sendi
    ✔Perlindungan Antioksida
    ✔ Serta Kesihatan Menyeluruh Tubuh
Bagaimana Vivix dapat memberikan kesan yang begitu baik dan menyeluruh???
 Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan 
Berikut ialah antara testimoni pengguna yang telah mengamalkan Vivix...
Testimoni 1: Isteri yang mengalami darah tinggi kronik semakin sihat dengan Vivix

Testimoni 2: Perokok tegar berhenti menghisap rokok dengan Vivix

Testimoni 3: Perubahan mendadah ibu mertua pengidap kencing manis

Banyak lagi testimoni hebat akan saya upload kan nanti ya.. InsyaAllah Vivix is the best suplement untuk anda yang ingin kekal cantik, sentiasa muda.. dan juga suplement terhebat untuk anda yang menghidap pelbagai penyakit juga. 
Jika anda atau ibu bapa anda menghidap kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dalam satu masa, serta tak mahu telan pelbagai jenis pil, ambillah Vivix Shaklee, insyaAllah anda akan dapat melihat perubahannya!

Harga? Semestinya DISKAUN HEBAT DAN TERBAIK untuk pelanggan SH [Supplement Hut]

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:
Call / Wa: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

KENCING MANIS??

Kesan kencing manis anda lebih awal

Tanda-tanda kencing manis

☛ Anda sering dahaga dan sering perlu minum air.
☛ Anda sering ketandas.
☛ Anda terasa badan lemah.
☛ Berat badan anda turun dengan cepat
☛ Penglihatan anda semakin kabur.
☛ Anda terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Golongan Berisiko Tinggi

☛ Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
☛ Mereka yang berat badan agak tinggi
☛ Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
☛ Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
☛ Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan Kencing Manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Kongsi pengalaman anda, semoga ia memberi manafaat.
Supplement Hut. Powered by Blogger.