Cabaran Penyusuan: Susu Tak Cukup Di Awal Kelahiran?

Saya menerima banyak email dan pertanyaan dari ibu-ibu muda yang baru melahirkan, antara pertanyaan yang sering saya temui "saya baru bersalin 3 hari, tapi susu badan saya tak ada. Baby menangis-nangis je dan asyik nak menyusu macam tak puas. Terpaksalah saya bagi susu formula. Hajat di hati memang nak fully bf, tapi tak dapat. Macammana ya kak?"
Ada 2 perkara yang saya nak tekankan di sini iaitu:
  1. Perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar guli / kacang peas (5-7ml).
  2. Badan ibu perlukan masa 3-5 hari untuk mulakan penghasilan susu. Pada awal kelairan kolostrum yang akan keluar dimana cecair ini agak kekuningan dan likat.

Disebabkan perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar guli / kacang peas, jadi bayi hanya memerlukan lebih kurang 60 - 100 ml dalam tempoh 24 jam pertama kelahiran. Dan purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam ini hanyalah 37 ml. Sangat sedikit kan? Sesuailah dengan saiz perut bayi dan organ dalamannya yang masih belum matang iaitu usus dan buah pinggang. Walaupun begitu, penghasilan susu akan bertambah pada 36 jam berikutnya, sesuai dengan keperluan dan permintaan bayi.
Jadi, untuk semua ibu-ibu di luar sana, anda tak perlu risau jika kuantiti kolostrum yang dihasilkan pada awal kelahiran sedikit. Ia mencukupi untuk bayi anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan bayi minum melalui payudara anda sekerap mungkin. Elakkan mengepam mahupun penggunaan botol, kerana hisapan bayi adalah yang terbaik untuk merangsang penghasilan susu.
Yang penting setiap ibu harus yakin yang mereka mampu menghasilkan susu yang cukup untuk bayi mereka, elakkan sama sekali penggunaan botol susu pada awal kelahiran kerana botol akan mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi. Dan pastikan bayi anda mendapat kolostrum, iaitu susu awal ibu yang mempunyai antibodi penting untuk bayi. 
Dan 
TIPS TERPENTING, BERI BAYI ANDA MENYUSU SECARA TERUS PADA PAYUDARA ANDA, LEBIH BANYAK BAYI MENYUSU, LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN. 
Keinginan bayi menyusu secara kerap bukan disebabkan susu yang anda hasilkan tidak cukup, tetapi disebabkan saiz perutnya yang kecil dan susu ibu pula adalah cepat hadam. Purata bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali dalam masa 24 jam. Jadi, hanya berikan bayi anda susu apabila diminta. InsyaAllah susu anda akan bertambah dari masa ke semasa.
Dan satu perkara yang perlu anda semua tahu bahawa bayi yang lahir memang kerap menangis. walaupun baru lepas menyusu, bayi cenderung menangis atas beberapa faktor iaitu perut tidak selesa, ingin tidur, lampin basah dan perlukan pelukan atau perhatian anda. Fahami keperluan bayi dan lalui hari-hari pertama bergelar ibu dengan hati yang tenang dan gembira.
Mudah-mudahan artikel ini membantu ramai ibu di luar sana menyusukan anak pada awal kelahiran, kerana tempoh ini sangat genting. Jika anda mampu melaui hari-hari pertama bersalin dengan penyusuan ibu sepenuhnya, insyaAllah perjalanan penyusuan anda akan lebih mudah.
Hubungi saya jika anda perlukan konsultasi percuma tentang penyusuan atau informasi lanjut tentang produk penyusuan. 
Call / Whatsapp: 017 2894047
Add Fb saya: Elliza Nasri untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di Page saya: Supplement Hut untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment

Supplement Hut. Powered by Blogger.